Thursday, May 31, 2012

Debat Terbuka. Wajar atau Tidak Wajar?


Pada 22 Mei baru-baru ini, telah berlangsungnya satu debat secara terbuka mengenai isu PTPTN di antara Khairi Jamaludin dan juga Rafizi. Debat mengenai pemansuhan PTPTN dan Hala Tuju Pendidikan Megara telah di hujahkan oleh Ketua Pemuda UMNO iaitu Khairi Jamaludin dan turut berdebat sama adalah Pengarah Strategi PKR iaitu Mohd Rafizi Ramli. Debat tersebut telah di anjurkan oleh akhbar Sinar harian dan disiarkan secara langsung oleh astro Awani.

Pada mendapat saya, debat secara terbuka awajar atau tidak wajar adalah bergantung kepada penerimaan rakyat dan indivisu itu tersendiri. Ada yang bersetuju bahawa debat secara terbuka adalah cara yang terbaik untuk mengupas tentang isu yang di perkatakan. Namun, setelah mengkaji dan melihat video debat tersebut, saya merasakan bawaha debat secara terbuka adalah sebenarnya tidak perlu di praktikan di negara kita kerana tidak bersesuaian dengan corak pemerintahan kita. Setelah membaca komen dan ulasan dari kedua belah pihak, masing-masing mempunyai sebab dan hujah tersendiri dan mereka juga turut menyalahkan antara satu sama lain. 

Hal ini kerana, politk di negara kita tidak sehaluan dan masing-masing mahu menjadi ketua. Ulasan-ulasan yang di hujahkan turut membuat saya keliru dan tidak tahu mana satu yang berada di pihak yang benar. Dan seperti mana yang telah di hujahkan oleh Pengarah Strategi PKR iaitu Rafizi, iade untuk memansuhkan PTPTN dan memberikan pendidikan secara percuma kepada rakyat  juga merupakan satu idea yang baik, namun, adakah idea tersebut akan dilaksanakan sedangkan kita tahu dalam politk terlau banyak propaganda yang akan di adakan oleh parti politik untuk menarik minat rakyat untuk menyokong mereka.
Saya sebagai pelajar di UITM Shah Alam merasakan bahawa PTPTN tidak patut di mansuhkan kerana PTPTN telah banyak membantu saya dalam pengajian dan saya tidak terlalu membebankan ibu bapa saya. Dan, sangat wajar apabila sudah meminjam, perlu di bayar balik kerana dalam hokum islam sendiri mengatakan bawaha, setelah meminjam, haruslah di bayar semula agar tidak di tuntut di akhirat kelak.

Berikut adalah video versi penuh debat di antara Khairi Jamaludin dan Rafizi. Selamat menonton! :)














No comments:

Post a Comment