Wednesday, April 11, 2012

“BAWAKU PERGI” BERIKAN KESAN NEGATIF KEPADA PENDENGAR?



Baru-baru ini industri muzik Negara kita di gemparkan dengan pengharaman lagu “Bawaku Pergi” yang di cipta oleh bekas ahli kumpulan Too Phat, Malique dan di nyanyikan oleh Zizan Razak dan Kaka (Nor Atiqa Noor Azraff).


Terdapat sumber yang mengatakan bahawa lirik yang terkandung di dalam lagu tersebut merupakan memberi impak negatif kepada para pendengar terutama sekali kepada remaja di mana lirik lagu tersebut di katakana menggalakkan supaya melarikan diri dari rumah bersama pasangan mereka yang kini kes ini saban hari semakin meningkat. Hal ini menimbulkan kerisauan dari pihak tertentu di mana mereka merasakan bahawa lirik tersebut seperti menggalakkan para pendengar melarikan diri daripada rumah.

Namun, adakah benar kenyataan tersebut? Menurut composer lagu ini, Malique, lagu ini tidak langsung mempunyai kaitan dengan isu lari rumah yang kian menjadi-jadi. Lirik lagu tersebut merupakan lagu ini berkisar mengenai kehidupan beliau yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isterinya. Lagu ini dicipta dari sudut pandangan seorang isteri kepada suaminya.

“Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet atau Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerana itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya. Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatakan mendiami t
anah tinggi di situ. Mengapa semua ‘pentafsir profesional’ gagal untuk mengulas tentang bait tersebut? Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, ‘pergi lebih lama, pergi lebih jauh.” Itulah merupakan ulasan yang di berikan oleh Malique terhadap lirik lagu yang beliau ciptakan.


Namun, bagi pendapat saya, rakyat Malaysia mempunyai tahap pemikiran yang sangat sensitif, lebih-lebih lagi jika hal yang berkaitan dengan golongan remaja yang kini banyak menimbulkan masalah. Dengan membaca lirik beliau, saya juga turut merasakan bahawa lirik tersebut tidak begitu bersesuaian untuk di gunakan kerana maksudnya yang “double meaning” tersebut boleh menyebabkan kita sebagai pendengar menjadi keliru dan terus memikirkan tentang hal negatif lebih-lebih lagi denga
n kes-kes yang kerap berlaku pada golongan remaja.

Kita juga mengetahui bahawa Malaysia merupakan negara yang tidak mengamalkan kebebasan bersuara seperti mana negara luar lakukan. Malaysia merupakan negara yang begitu sensitif dan sentiasa mengambil berat tentang hal-hal seperti ni. Mungkin sesetengah pihak turut merasakan tidak berpuas hati tentang pengharaman lagu tersebut, namun kerajaan tidak akan menarik atau mengharamkan lagu tersebut tanpa sebab yang kukuh.

Tidak salah untuk berkarya dengan lirik yan
g lebih puitis namun ia mestilah bersesuaian dengan kehidupan dan norma masyarakat sekeliling. Hal-hal sebegini amat penting untuk di ambil berat kerana para composer perlu memikirkan dan mengambil berat tentang keadaan sekeliling. Mereka tidak boleh mencipta lagu tanpa meletakkan diri mereka di tempat masyarakat kerana lagu yang mereka cipta akan di mainkan di corong radio dan ia melibatkan liputan yang meluas.

Oleh itu, saya berharap selepas ini mereka yang terlibat dalam indusri muzik ataupun perfileman, jika mahu berkarya, bekaryalah secara bijak. Bijak dari segi memikirkan kesesuaian ciptaan tersebut dengan masyarakat atau tidak kerana mereka merupakan golongan yang menerima dan akan menilai baik buruk karya tersebut.



No comments:

Post a Comment