Wednesday, April 11, 2012

HANYA RM25 DENDANYA?

Tiga penari tiang yang di tangkap di nilai baru-baru ini di denda hanya RM25 sahaja? Apakah berbaloi denda yang dikenakan? Susah untuk kita mengatakan atau memberi pandangan tentang isu ini. Namun pihak yang berkenaan sepatutnya lebih mengambil berat akan hal-hal sebegini untuk kebaikan bersama.

Pada pendapat saya, amaun sebanyak RM25 itu terlampau murah dan tidak wajar di kenakan ke atas mereka bertiga. Dari kerja yang mereka lakukan mereka boleh dapat berlipat kali ganda banyak. RM25 bagi mereka adalah satu jumlah kecil dan mereka mampu untuk membayarnya walaupun di tangkap berpuluh kali oleh kerana amaun denda yang di kenakan amat sedikit dan boleh di katakan sebagai tidak wajar untuk di anggap sebagai denda kepada mereka.

Agak kelakar bila saya terfikirkan saman salah parking motor pun dikenakan sebanyak RM100, tetapi penari tiang ini hanya RM25 sahaja. Kadang-kadang saya terfikir, berapakah jumlah sebenar yang mereka perolehi untuk 1 malam. Para peminat mestilah ramai dan semestinya ada yang akan kenakan bayaran yang tinggi untuk mendapatkan mereka. Terasa seperti mahu buat kajian dengan hal-hal sebegini untuk mencari di mana silapnnya.

No comments:

Post a Comment