Wednesday, April 11, 2012

ISU KEPENGGUNAAN: PENYALAHGUNAAN DAN KEBIADAPAN DI DUNIA SIBER

“Sucks, M-I-L-f , wtf”, adalah contoh dimana manusia-manusia “Generasi Y” ini telah menggunakannya. Mungkin untuk orang-orang yang telah menjangkau 30 tahun dan keataas akan merasa pelik dengan ayat-ayat yang digunakan namun bagi remaja-remaja dari belasan tahun sehingga yang menuntut di universiti memahami ayat tersebut.

Banyak aspek yang boleh ditunjukkan di dalam dunia siber sebagai biadab contohnya orang-orang politik sibuk memaki hamun, menghina Negara di dalam blog-blog merka, remaja-remaja yang terdedah dengan media contoh dari segi pornografi, pembunuhan, cara memukul orang, cara menjadi mat rempit, how to flirt with girls dan banyak lagi yang boleh diakses dengan mudah di dalam dunia siber ini.

Internet merupakan salah satu medium yang penting pada zaman ini dimana semua urusan dapat dilakukan di dalam sekelip mata tidak kira untuk mencari info mahupun isu-isu yang ingin diketahui. Ia digunakan oleh semua lapisan masyarakat tidak kira tua atau pun muda.
Kesan kebiadaban di dunia siber yang menunjukkan antara kesan penggunaan internet terhadap rakyat di Malaysia yang berbilang kaum serta agama semakin menjadi-jadi di atas sebab kebebasan yang disalahertikan dan penyalahgunaan medium utama ini boleh menyebabkan kucar kacir seta perbalahan antara kaum serta melemparkan kata-kata kesat yang tidak berperikemanusiaan antara satu sama lain.

Segelintir rakyat di Malaysia kurang memahami apa yang dimaksudkan dengan “kebebasan bersuara” yang telah digariskan oleh kerajaan serta falsafah demokrasi sehingga ada diantaranya yang menyalahertikan sebagai kebasan mutlak bersuara. Undang-undang Malaysia seperti Akta Hasutan Seksyen 2 dan 3 (1) yang mengatakan bahawa setiap perbuatan, percakapan, atau penerbitan tidak dianggap hasutan selagi ia tidak mempunyai kecenderungan untuk menimbulkan kebencian terhadap mana- mana pihak. Perkara ini menerangkan bahawa setiap individu diberikan kebenaran untuk meluahkan pendapat mereka selagi tidak menimbulkan syak-wasangka daripada mana-mana pihak lain supaya sejarah lama tidak akan berulang contohnya seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969. Pastinya ia akan memberi satu tamparan buruk serta pengalaman pahit yang tidak mahu diulangi oleh semua orang.

Saya juga tertarik dengan petikan yang ditulis oleh Dr. Rahmat yang menguraikan isu mengenai “ Dengan data penggunaan kata-kata kesat seperti yang dipaparkan, tidak hairanlah jika Negara seperti Iran (pada awal Februari) telah mengharamkan enjin carian ‘Google’. Pastinya tindakan kerajaan Iran adalah untuk mencegah carian-carian maklumat dan berita yang boleh merosakkan minda masyarakat serta keharmonian negara. Namun kita pasti itu bukanlah penyelesaian yang berkesan, (Dr Rahmat, 2010).

Saya bersetuju dengan petikan tersebut kerana tiada penyelesaian yang cukup berkesan jika sekatan berlaku. Jika perkara sebegini berlaku di Malaysia, saya merasakan ia adalah satu tindakan yang sia-sia kerana masih banyak lagi enjin-enjin carian yang lain serta boleh diakses. Tambahan, kerajaan juga tidak mahu untuk menanggung masalah sekiranya menyekat akses terbesar diseluruh dunia ini dengan tomahan serta kritikan dari pengguna atau rakyat. Perkara yang akan mereka timbulkan adalah mengenai kebebasan bersuara serta demokrasi yang cuba dilakukan di dalam negara.

Justeru itu, saya mencadangkan bahawa kerajaan mewujudkan penapisan di dalam carian enjin untuk menghalang dari berlakunya isu-isu negatif dalam negara tersebar secara meluas di dalam alam siber ini supaya ia tidak akan mempengaruhi mana-mana pihak.

Bagi remaja-remaja ‘Golongan Y’ pula, mereka ini harus dikawal kerana mereka merupakan waris pemimpin masa depan kita. Jika terdedah dengan alam siber mereka mungkin akan mempunyai pemikiran yang berlainan serta mudah terpengaruh dengan perkara-perkara negatif. Golongan-golongan ini seharusnya dididik dengan perlembagaan negara serta nilai-nilai murni yang perlu diterapkan dalam pemikiran setiap insan serta menghormati satu sama lain sekiranya mereka mahu diri mereka dihormati.

Saya turut bersetuju dengan kenyataan Goh Cheng Teik (1978), suasana panas persekitaran kini umpama ‘bom jangka’ yang boleh saya tafsirkan sebagai kenyataan panas serta merbahaya contohnya peristiwa bersejarah 13 Mei yang telah menjadi pengalaman perit di dalam negara kita. Perkara sebegini mungkin boleh berlaku kembali sekiranya alam siber tidak dikawal serta dibendung dan kerajaan perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan waspada terhadap semua perkara.

Pada pendapat saya, gagasan 1 Malaysia memberi impak yang besar terhadap negara. Walaupun segilintir masyarakat mengatakan bahawa gagasan ini tidak berhasil namun bagi saya kita sebagai rakyat telah berjaya dan termasuk di dalam gagasan 1 Malaysia tersebut. Tambahan juga, penggunaan internet tidak sama sekali memberi kesan yang negatif untuk meneruskan gagasan ini kerana bagi saya Malaysia telah terbentuk sejak zaman kemerdekaan dimana kita telah berjaya memantapkan hubungan antara kaum walaupun ada segelintir yang masih bersifat perkauman, menindas dan sebagainya tetapi negara kita tidak akan maju dengan adanya sifat tolong-menolong serta hormat-menghormati antara sesama rakyat.

Kita yakin dengan demokrasi yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia mampu mewujudkan rakyat yang bertanggungjawab serta berpendidikan tinggi. Inilah masanya untuk berfikir secara rasional di dalam apa jua yang bakal kita lakukan kerana jika kita terlampau mengikut emosi ia akan membawa bencana kepada diri kita sendiri seperti kata pepatah ‘kerana mulut badan binasa’ dan janganlah menjadikan alasan kebebasan bersuara itu sebagai alat untuk memanipulasikan keadaan.

No comments:

Post a Comment